PN NURIN MAIZAN BINTI CHE ZAUDIN

 

TIMBALAN PENGETUA HAL EHWAL AKADEMIK

MRSM MERSING

 

Hal Ehwal Akademik

Berperanan dalam memastikan prestasi akademik berada dalam tahap yg gemilang,  cemerlang, dan terbilang di antara MRSM Se-Malaysia di samping mengawalselia perjalanan sistem pengajaran dan pembelajaran di MRSM Mersing. Setiap program pendidikan disusun dengan kemas dan teliti bagi memperolehi pencapaian akademik yang cemerlang. Kemudahan-kemudahan pembelajaran seperti kemudahan komputer, capaian internet, buku rujukan dan lain-lain lagi turut diselia oleh bahagian H.E.A  bagi memastikan ianya memenuhi keperluan para guru dan pelajar.

 

OBJEKTIF

  • Mengadakan pertemuan/mesyuarat agensi sekurang-kurangnya satu kali sebulan supaya pemantauan aktiviti dapat dilakukan
  • Mempertingkatkan prestasi akademik pelajar melalui program kecemerlangan yang diadakan sekurang-kurangnya 3 kali setahun mengikut subjek untuk pelajar tingkatan lima
  • Menganjurkan sekurang-kurangnya 3 kali setahun bengkel perkongsian ilmu bagi memantapkan pembangunan diri guru dan staf
  • Memantau program SEED maktab yang diadakan sekurang-kurangnya sekali setiap dua kali seminggu bagi memastikan pelajar dan guru boleh bertutur dalam bahasa Inggeris
  • Menetapkan hari khas untuk jabatan sekurang-kurangnya sekali seminggu untuk membuat penilaian, pertemuan pelajar dan seumpamanya
  • Memastikan semua guru menghadiri kursus bagi kemantapan kemahiran pengajaran

 

Antara bahagian/unit yang dipertanggungjawabkan di bawah pengurusan H.E.A ialah :

  • Unit Peperiksaan dan Penilaian Maktab
  • Pusat Sumber Pembelajaran
  • Unit Multimedia / ICT